Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.
Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam dunia siber adalah antaranya :
a) Kesahihan maklumat.
Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :
“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah
kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.[9]
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
b) Pelayaran Web Negatif.
Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.
Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji ‘.
[10]
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalanamalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G.
Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum.Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja perempuan.
[11]
Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks. Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.
c) Penyebaran Fitnah dan Gossip
Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”[12]
d) Permasalahan Remaja
Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.
Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.
e) Aktiviti Perjudian
Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”[13]
f) Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa
Perpatah Melayu ada menyebut:
“Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga”
“Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa”
Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.
Dalam tugasan kertas kerja yang ringkas ini adalah tidak mungkin penulis dapat menghuraikan keseluruhan cabaran-cabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan pengaruh dan penggunaan siber dalam proses modenisasi masyarakat Malaysia. penulis akan memfokuskan perbincangan kepada beberapa isu berkaitan dengan generasi muda dan beberapa contoh salah guna ICT. Di antara perkara yang akan disentuh adalah melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral; berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya dan; terlibat atau melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung.
Sebagai contoh yang pertama, melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral. Perkara ini nampak seolah-olah satu perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besar kepada psikolgi dan tindak-tanduk remaja. Akibat daripada sistem pemakanan dan taraf hidup di Malaysia, (khususnya di kawasan Bandar) umumnya seseorang yang berumur 13 tahun ke atas telah mempunyai tahap kematangan biologi yang mencukupi untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna seseorang perempuan itu telah mampu mengandung dan melahirkan bayi, (telah timbul keinginan sex) tetapi dari segi sosial (dan keperluan sosial dan ekonominya) seseorang itu dalam konteks masyarakat Malaysia kini dia masih belum mampu. Dia masih memerlukan masa di antara 8-10 tahun lagi bagi menamatkan pengajian, mendapatkan pekerjaan yang sesuai (terjamin kewanganya) dan kemudiannya mendirikan keluarga. Dengan melayari gambar-gambar dan cerita-cerita seks (atau berunsur seks) ini boleh meningkatkan ransangan dan keinginan melakukan hubungan seks. Seseorang remaja bukan tidak mengetahui bahawa hubungan sex luar nikah adalah berdosa, risiko yang besar dan akan menghadapi kesan yang buruk bagi masa depannya, tetapi ketidak-seimbangan rohani, sosial dan keinginan biologinya menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan hubungan kelamin luar nikah. Meningkatnya bilangan remaja berumur di antara 13-20 tahun yang sanggup melakukan hubungan sex dengan rela dipercayai mempunyai hubungan dengan sumber-sumber gambar/cerita daripada ICT yang berleluasa dan tidak terkawal. Ianya juga mempunyai hubungan dengan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Contoh yang seterusnya adalah berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali (hanya kenal dan berhubung melalui ruang siber) akan membuka ruang seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atasnya. Tahap kematangan yang rendah serta pengaruh emosi serta tekanan keinginan biologi tanpa kawalan social dan undang-undang yang benar-benar ketat mendorong berlakunya hubungan rapat yang tidak sepatutnya berlaku. Struktur masyarakat, persekitaran kejiranan serta struktur keluarga memudahkan seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atas sesorang. Misalnya seorang gadis yang tinggal di kawasan yang jiran-jirannya tidak saling mengenali di antara satu sama lain dan kedua-dua ibubapanya bekerja dengan kemudahan ICT akan memudah dan mendorong dia berhubung dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Keadaan akan menjadi lebih mudah jika si-gadis itu berada dalam kesunyian serta si-lelaki yang dikenalinya itu pula benar-benar pandai berpura-pura bersifat baik padanya. Kes-kes gadis hilang dan mengikuti lelaki yang tidak sepatutnya dipercayai mempunyai hubungan dengan persoalan ini. Bahkan ada kes yang si-gadis yang berkenalan melalui alam siber ini, sanggup terbang ke luar negara (ke Amerika Syarikat dan ke United Kingdom dan sebagainya) semata-mata kerana benar-benar percaya berdasarkan semata-mata maklumat daripada komputer. Melalui ICT dan salah guna serta salahtafsir telah banyak gadis-gadis yang menjadi mangsa dan telah diperdagangkan dan dijadikan mangsa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Manakala contoh yang terakhir berakaitan kesan dari sudut negatif tentang siber dalam sudut ICT adalah terlibat atau melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Penipuan dalam bentuk kewangan ini telah semakin merebak dan semakin ramai mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak cara di antara contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan rambang); kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar (melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut. Walaupun kadang-kadang mangsa terasa bahawa ianya mungkin ditipu, tetapi kadang-kadang penipuan terlindung ini licik dan banyak juga mangsa yang terkena tipu.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan-kesan yang positif yang boleh dilihat dalam pembangunan akhlak masyarakat tentang kebejatan dunia siber hari ini. Jika dilihat kepada pengunaan kad-kad elektronik pada hari ini, banyak mendatangkan kesan positif. Sebagai contoh, pengunaan Mykad yang mana Mykad mempunyai potensi yang besar untuk menggerakkan masyarakat dalam satu jaringan elektronik kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini kepada awam. Antara perkhidmatan yang boleh digunakan apabila memiliki Mykad seperti berurusan secara dalam talian bagi mendapat maklumat peribadi, maklumat saman dan sebagainya. Fungsi Mykad yang lebih meluas seperti ini akan mendorong sepenuhnya potensi perkembangan masyarakat jaringan di Malaysia, maka wajarlah kerajaan Malaysia memperkenalkannya untuk kepentingan jangkamasa yang panjang walaupun wujud isu-isu seperti masalah jaringan dan prasarana, tahap keselamatan maklumat, mengenai kad mudah rosak dan sebagainya.