Sunday, 1 March 2020

Peranan ICT Terhadap Perkembagan Dakwah Dalam Era Globalisasi

Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisi data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Kesimpulannya, Teknologi Maklumat ialah satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.

Tambahan lagi, teknologi maklumat tidak terhad kepada Interner dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon atau telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem setelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Data dan maklumat dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan individu. Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan Teknologi Maklumat iaitu menggunakannya hanya untuk mengumpul data, memanipulasikan maklumat dan proses semula imej dan untuk berkomunikasi.

Perbandingan penggunaan ICT dan bukan menerusi ICT dalam kegiatan dakwah boleh dilihat ketika era 60'an hingga 90'an khususnya para pendakwah tidak menggunakan sesuatu media dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah ke seluruh pelusuk dunia. Mereka menyampaikan dakwah menggunakan lisan dan tulisan seperti menyebarkan bahan-bahan tulisan kepada khalayak ramai sejak dari dahulu lagi.Namun, ada segelintir para pendakwah menyampaikan dakwah dengan menggunakan filem, video, kaset dan sebagainya selari dengan zaman pemodenannya.
Image result for ict social media

Kini, negara kita semakin maju dan mempunyai wawasan yang jitu. Oleh yang demikian, Teknologi Maklumat telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi dengan begitu banyak pembinaan laman web dan blog agama Islam serta agama lain yang memonopoli jumlah terbanyak berkaitan blog agama. Tegasnya, para pendakwah mestilah membina lebih banyak laman web dan blog dengan melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan perkomputeran di samping menangkis segala fitnah dan tomahan kepada agama Islam.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah menggunakan media elektronik seperti radio dan televisyen sebagai media dakwah sehinggakan begitu popular kerana program-program yang disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat daripada orang yang menontonnya. Justeru itu, negara kita telah mewujudkan satu pembinaan yang dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia. Ia adalah suatu lambang dan bukti bahawa Teknologi Maklumat adalah sangat penting bagi menyampaikan dakwah Islamiyyah dengan mempunyai kemahiran menggunakan ICT dalam penyampaian mesej dakwah. Secara tidak langsung ia akan memberikan impak yang cukup besar kepada orang yang menerima dakwah dengan menggunakan komputer riba, LCD, audio dan pelbagai program komputer seperti power point dan sebagainya.

Tambahan lagi, penggunaan ICT juga telah memberi kesan positif dalam berdakwah seperti penciptaannya adalah anugerah istemewa kepada dunia dakwah, tugas berdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan, keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat dapat diperluaskan, urusan dakwah menjadi lebih efektif dan efisen, meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan, semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, membantu meningkatkan kefahaman manusia dalam soal-soal agama dan dari sudut sosial ia dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat Islam Malaysia sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Namun, penggunaan ICT juga mempunyai kesan negatif terhadap dunia dakwah seperti pengaruh budaya asing, kesahihan maklumat, pelayaran web negatif, jenayah internet, penyebaran fitnah dan gosip, pemasalahan remaja, aktiviti perjudian, perubahan gaya hidup, penyemaran bahasa, penerapan amalan kebendaan dan boleh menjejaskan kesihatan.

No comments:

Post a Comment